Friday, September 19, 2014

Belajar melalui pengalaman...

Bila menyebut tentang belajar melalui pengalaman tentu murid-murid tertanya-tanya bagaimana yang dikatakan belajar melalui pengalaman. Ada dua perkara yang akan saya sentuh di sini.
1. Belajar melalui pengalaman sendiri.
2. Belajar melalui pengalaman orang lain.

Dalam meniti kehidupan yang kian mencabar ini,saya suka ingatkan murid-murid terutamanya,belajarlah melalui pengalaman orang lain tidak kira orang itu kamu kenal @ tidak. Pengalaman itu seharusnya yang akan memberi celik akal kepada anda terutama melibatkan gejala negatif seperti ponteng,dadah,rokok,zina dan lain-lain.

Saya sendiri banyak belajar melalui pengalaman orang lain dan saya merasakan itu sesuatu yang hebat dan mampu mematangkan saya. Namun sekiranya tiada perkara yang boleh dilihat dari pengalaman orang lain mengikut situasi saya, saya akan go through sahaja dan berharap ianya akan berkesudahan dengan baik... Barulah ini dikatakan pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran... Pahit getir yang telah dilalui Guruku Sejati.... :-D

2 comments:

JEMPUT INTAI YE....

Baru berpeluang ber blog!!