Thursday, January 21, 2016

Aktiviti bimbingan kelompok

Bersama murid non muslim tahun 3...
2016 - tahun yang mencabar... Kerja kuat yang berganda... Untuk Januari sahaja sehingga esok 21hb sudah 3 program terlaksana. Dan minggu hadapan merupakan program ke 4... Apa yang penting KERJASAMA.....

Sunday, October 12, 2014

Mesej Tidak Bernada...

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan kata seorang GPK mengenai mesej yang saya sampaikan pada beliau tentang arahan Guru Besar untuk melaksanakan satu program pada hari UPSR berlangsung. Niat saya hanya untuk sampaikan kepada beliau kerana tidak ingin membelakangkan beliau. Namun disalah ertikan...
Bukan itu yang saya ingin kupas disini, tetapi mesej. Mesej itu tak bernada. Jika nada yang dibaca berbeza dari nada penyampai pun masih tidak salah walaupun boleh menimbulkan salah faham. Maka, adalah penting kita berhemah dalam menyusun kata agar tidak timbul salah faham tersebut. Penggunaan perkataan, 'makluman', 'minta tolong' harus supaya maksud asal tidak lari dek mesej yang tidak bernada ini.
Saya akui kesilapan saya dan cuba perbetulkan keadaan ini dengan perjelaskan keadaan yang sebenar.. Alhamdulillah, saya rasa telah selesai bagi pihak saya,jadi terpulang kepada beliau untuk menilai diri saya. Yang penting saya bersikap professional dalam hal ini...

Sunday, October 5, 2014

Konvensyen Kaunseling Negeri Johor 2014

Tatkala murid-murid Tahun 6 menduduki UPSR, aku pula bergegas ke Sekolah Temenggung Abdul Rahman 1 menaiki bas untuk menyertai Konvensyen Kaunseling Negeri Johor 2014 yang di adakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Batu Pahat.
Sampai di sana, kami dihidangkan dengan Mesyuarat Agung MGKK untuk pembubaran dan pemilihan pucuk pimpinan baru.
Ini adalah pertama kali dapat jemputan menghadiri konvensyen ini setelah 6 tahun berkhidmat. Peluang ini adakah disebabkan kelancangan bersuara ataupun? Saya sebenarnya hanya menggantikan penama asal yang tidak dapat sertai kerana terlibat dengan Program Immersion Kota Bharu. Walaubagaimanapun, saya sahut cabaran ini sedangkan jika saya berada di sekolah, saya dapat selesaikan banyak perkara. Bukan ini yang sebenarnya mahu saya coretkan.. tapi tentang perkongsian ilmu oleh seorang yang bernama Dr. Adnan Salleh jika saya tak silap. Sangat menarik.. suicidology.. seseorang yang pakar dalam mengkaji tentang kecenderungan membunuh diri.. the one and only di Malaysia... Bertuah betul saya...kerana terpanggil mengikuti konvensyen ini... Banyak perkara lagi tetapi saya tidak berani mencoret tanpa merujuk nota...

Wednesday, September 24, 2014

Teratak Cakna UBK SKSA








Bicara tentang Cakna....

Rata- rata orang dari Negeri Pantai Timur pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan cakna... Penggunaan perkataan cakna pun sudah meluas saya anggapkan. Cakna membawa maksud ambil berat, keprihatinan yang ditunjukkan oleh seseorang individu kepada individu yang lain. Itulah yang saya ingin khabarkan di sini mengenai kewujudan blog Sekelumit Cakna ini.... Blog ini merupakan keprihatinan yang saya ingin sampaikan yang tulus dari hati saya, centusan dari logik akal pemikiran saya yang ingin saya kongsikan bersama rakan blogger yang lain.... Namun akronim cakna ini juga memberi idea yang lain yang ingin saya kongsikan bersama....                                                                                                 

C - Cuba       

A - Akui        

K - Kata-kata  

N - Naluri      

A - Anda



Sekelumit cakna cuma untuk yang cakna..... :)

Saturday, September 20, 2014

Tercapai hasrat....

Alhamdulillah... syukur kerana diberi peluang mempunyai blog sendiri.. Terima kasih tidak terhingga kepada sifu Hisham kerana memberi tunjuk ajar kepada saya.. Insha Allah di blog ini akan selalu dicoretkan suara hati, perkongsian pemikiran dan lain-lain yang boleh memberi idea kepada pembaca blog yang lain... Insha Allah... Dengan lahirnya blog milik saya ini,merupakan salah satu langkah yang saya ambil untuk meletakkan diri dikalangan insan yang cemerlang...

JEMPUT INTAI YE....

Baru berpeluang ber blog!!