Wednesday, September 24, 2014

Teratak Cakna UBK SKSA








Bicara tentang Cakna....

Rata- rata orang dari Negeri Pantai Timur pasti tahu apa yang dimaksudkan dengan cakna... Penggunaan perkataan cakna pun sudah meluas saya anggapkan. Cakna membawa maksud ambil berat, keprihatinan yang ditunjukkan oleh seseorang individu kepada individu yang lain. Itulah yang saya ingin khabarkan di sini mengenai kewujudan blog Sekelumit Cakna ini.... Blog ini merupakan keprihatinan yang saya ingin sampaikan yang tulus dari hati saya, centusan dari logik akal pemikiran saya yang ingin saya kongsikan bersama rakan blogger yang lain.... Namun akronim cakna ini juga memberi idea yang lain yang ingin saya kongsikan bersama....                                                                                                 

C - Cuba       

A - Akui        

K - Kata-kata  

N - Naluri      

A - Anda



Sekelumit cakna cuma untuk yang cakna..... :)

Friday, September 19, 2014

Belajar melalui pengalaman...

Bila menyebut tentang belajar melalui pengalaman tentu murid-murid tertanya-tanya bagaimana yang dikatakan belajar melalui pengalaman. Ada dua perkara yang akan saya sentuh di sini.
1. Belajar melalui pengalaman sendiri.
2. Belajar melalui pengalaman orang lain.

Dalam meniti kehidupan yang kian mencabar ini,saya suka ingatkan murid-murid terutamanya,belajarlah melalui pengalaman orang lain tidak kira orang itu kamu kenal @ tidak. Pengalaman itu seharusnya yang akan memberi celik akal kepada anda terutama melibatkan gejala negatif seperti ponteng,dadah,rokok,zina dan lain-lain.

Saya sendiri banyak belajar melalui pengalaman orang lain dan saya merasakan itu sesuatu yang hebat dan mampu mematangkan saya. Namun sekiranya tiada perkara yang boleh dilihat dari pengalaman orang lain mengikut situasi saya, saya akan go through sahaja dan berharap ianya akan berkesudahan dengan baik... Barulah ini dikatakan pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran... Pahit getir yang telah dilalui Guruku Sejati.... :-D

Wednesday, September 17, 2014

Jom kenali GBK SK Sri Amar

Puan Nor Akmal telah menjadi GBK SK Sri Amar selama 6 tahun dari 2009 sehingga sekarang.
Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 2003 - 2007.
Seterusnya mendapat kelayakan ikhtisas Bimbingan dan Kaunseling 2008 di Institut Perguruan Darul Aman Kedah.
Merupakan Kaunselor Berdaftar dari tahun 2008.

JEMPUT INTAI YE....

Baru berpeluang ber blog!!